Madah buat Farkhan

Memori, jika indah dapat di simpan, jika pahit jadikan sempadan. Terima kasih hadir dan ajarkan aku erti cinta. Tak seindah yang disangka. Lain tujuannya, lain hasilnya. Kalau saat-saat bersama dapat aku lakarkan mungkin sudah jadi lukisan terindah. Cacat celanya hubungan kita hanya disebabkan satu yang dipanggil sempadan. Bila masing-masing meletakkan sempadan antara kita, tiada yang dapat disepakatkan. Saling menguji dan meragui. Akhirnya ini yang terjadi. Cinta tidak terhenti, tapi ego menghalang untuk kembali. Pergi lah sayang, pergilah cinta. Aku redha.

Dalam rindu aku menaip, dalam syahdu aku cuba lupakan. Bersama madah aku selitkan rasa rindu yang menebal. Hari demi hari, pasti aku akan kuat juga namun hati yang terguris tidak pasti jika ada ubatnya. Kau yang mengasingkan diri. Menganggap aku pergi tak kembali. Hari ini pasti, aku yakin, aku dapat meninggalkan semua memori. Bersama madah ini aku berjanji pada diri sendiri, ini lah pengakhiran nya. Tidak mahu lagi disakiti, pergilah dan jangan kembali. Maaf kerana tak sempurna. 6 bulan menjalin cinta, berjanji setia, mengikat janji untuk bersama, terlerai akhirnya. Mohd Farkhan jangan kembali, aku merayu.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa perlu pilih UITM ?????